Menyediakan para graduan profesional, efisyen dan sistematik dalam sektor pentadbiran pejabat, ke arah kemajuan dan peningkatan ekonomi negara. Melahirkan modal insan yang berpeluang cerah dalam mana-mana sektor samada awam ataupun swasta.
Pendedahan pembelajaran ‘Life-long Learning’ demi menyediakan ‘K-Worker’ yang mampu bersaing dan mengikut perubahan arus semasa.
Maklumat Am Kursus Pengajian
Nama Kursus: Diploma Pentadbiran Pejabat (KPT(JPS)(A 6874) 12/2013)
Tempoh Pengajian: 2½ tahun + Latihan Industri
Latihan Industri: 1 Semester (Wajib)
Syarat Kelayakan: Lulus SPM dengan 3 Kepujian
Keterangan dan Faedah Kursus
• Diploma yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
• Setiap organisasi di dunia merupakan unit pentadbiran (Administration).
• Peluang pekerjaan yang tinggi untuk memenuhi kehendak dan keperluan industri.
• Peluang pekerjaan di sektor kerajaan dalam Gred N27 sebagai Pegawai Pentadbir.
• Bidang pentadbiran dan pengurusan diperlukan di semua syarikat di Malaysia dengan tangga
gaji RM 1200 - RM 1800 sebulan dengan syarat pencapaian yang baik dalam akademik dan latihan industri.
• Penekanan terhadap pendedahan kepada pengurusan karakter dan penampilan imej diri ke pejabat menyakinkan calon pekerja di industri.
• Tempat latihan industri disediakan dan peluang untuk diserapkan diperjawatan tetap adalah tinggi sebaik tamat latihan industri.
College MCS menubuhkan CADev iaitu Career & Academic Development Unit bagi menyelaraskan kandungan kursus supaya sentiasa memenuhi tuntutan dan kehendak sektor industri. Dengan itu, para graduan dari College MCS akan lebih bersedia kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bakal menjamin kerjaya mereka dalam sektor awam atau swasta.
•
Pembantu Peribadi (Personal Assistant)
•
Pegawai/Pembantu Latihan (Training Executive/Assistant)