Pentadbir Daftar Masuk (3402) English | Malay      Bookmark
Lembaga Pengarah
 
  Lembaga Pengarah
 
 
Yang Berbahagia Dato' Seri Paduka Dr. Hj Shafie bin Hj Mohd Salleh
Chairman - College MCS


Yang Berbahagia Dato’ Seri Paduka Dr. HjShafie bin HjMohd Sallehtelah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Telok Panglima Garang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Telok Datok Banting. Beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah di Universiti of Western Michigan yang terletak di Amerika Syarikat. Beliau juga mendapat PhD dari Universiti of Wales yang terletak di United Kingdom. Beliau bergiat secara aktif dalam agensi kerajaan sejak tahun 1993. Beliau juga merupakan Setiausaha Bahagian Dasar di Kementerian Sumber Manusia. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan.seterusnya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Beliau merupakan menteri pertama yang dipilih sebagai Menteri Pengajian Tinggi dari tahun 2004-2006. Beliau juga merupakan Ketua Pengakap Malaysia Persekutuan yang sangat aktif melakukan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada persatuan.
 


Yang berbahagia Dato'Ayob bin Mohamed
Director - College MCS


Yang berbahagia Dato’Ayob bin Mohamed DSAP,DMSM,JSM,PSPP telah dilahirkan di Kuala Lumpur. Beliau telah menamatkan pengajian di UKM, Bangi dan berjaya memperolehi Diploma Sains Polis. Beliau dilantik sebagai Inspektor Polis Percubaan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada peringkat awal. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini dan pernah berkhidmat di beberapa buah negeri di Malaysia. Pengalaman Beliau selama 37 tahun dan 8 bulan menyebabkan beliau dinaikkan pangkat dalam pasukan polis dari Penolong Kanan PesuruhjayaII di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ke Ketua Pegawai Polis di Melaka. Kemudiannya Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeridan Timbalan Pengarah Pengurusan. Beliau berpegang jawatan sebagai Timbalan Polis (DCP)
dan bersara SebagaiKetuaPegawai Polis Pahang. Dalam jangka masa perkhidmatan beliau, beliau telah menghadiri beberapa seminar dan persidangan dalam dan luar Negara termasuk dalam Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) di Amerika Syarikat serta Kursus Wolfson di Cambridge, United Kingdom. Beliau sangat arif dalam hal-hal keselamatan dan undang-undang negara kerana pengalaman beliau yang amat luas dalam bidang ini.
 

Mr. Ravinthiran A/L Ramasamy
CEO - College MCS


Encik Ravinthiran A/L Ramasamy merupakan anak jati Kuala Langat, Selangor. Beliau bergiat aktif dalam bidang IT dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah di My Computer Shop Sdn Bhd selama 10 tahun . Kini beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif College MCS. Beliau meneruskan pengajian di Politeknik Ungku Omar dalam bidang Teknologi Elektronik dan Komputer. Seterusnya, beliau menlanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Elektrikal & Elektronik diKURSK State Technical Universiti. Beliau teruskan pengajian beliau di sana untuk mendapatkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Kejuruteraan. Beliau juga sedang meneruskan pengajiannya dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di peringkat Doktordi Universiti Utara Malaysia (UUM).
 
 
     
 
  Alat
 
 
Cetak Muka Ini
My Favourite
Memberitahu Kawan
 
 
  Capaian Pantas
 
 
Daftar Online Sekarang
Jaminan Kerja
Kemudahan MCS
Pertanyaan Sekarang
 
Anda tidak tahu...
Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk menamatkan sesuatu program diploma?
 
 
College MCS
Lot 1, Aim Point Plaza, Bandar Sungai Emas, 42700 Banting, Selangor Malaysia.
Tel: +603-3181 2020
Fax: +603-3187 6625
 
E-mel: mailto:admin@mcs.edu.my
[ Peta Ke MCS]
Utama   |   Soalan Lazim   |   Jawatan Kosong   |   Maklum Balas   |   Forum MCS   |   Peta Rangkaian     website free tracking
Copyright @ 2010 College MCS. All rights reserved.   Design by Mediosbase